Dropbox Memperkenalkan Perkongsian Awam Pada Semua Folder Dan Dokumen

Dropbox Memperkenalkan Perkongsian Awam Pada Semua Folder Dan Dokumen

Diterbitkan pada Apr 23, 2012 oleh .

Dropbox yang selama ini hanya menawarkan perkongsian awam melalui folder yang dinamakan sebagai Public sahaja, hari ini memperkenalkan perubahan, apabila memperkenalkan sokongan perkongsian awam terbuka, membolehkan anda berkongsi sebarang fail bersama-sama dengan rakan anda yang lain, yang tiada akaun Dropbox dengan mudah.

Sebelum ini, para pengguna yang ingin berkongsi sesuatu folder dengan rakan lain, memerlukan mereka mendaftar terlebih dahulu, sebelum boleh memuat-turun atau mendapatkan fail daripada folder berkenaan. Dan untuk berkongsi dengan pengguna umum secara terbuka, Dropbox meminta pengguna meletakkannya pada folder Public.

Namun, kini ia semuanya tidak lagi perlu, dengan kemaskini baru yang diperkenalkan, membolehkan anda berkongsi sebarang fail atau folder dengan mudah bersama-sama dengan rakan anda diluar Dropbox dengan mudah. Dan apabila para pengguna membukanya, ia akan membuka halaman khas, membolehkan mereka yang menerima pautan perkongsian tersebut mengakses fail tersebut tanpa perlu pendaftaran, seperti menonton video, melihat dokumen, melihat gambar dan sebagainya terus melalui pelayar web.

Mungkin ini juga salah satu persedian daripada Dropbox dalam memastikan pengguna terus setia menggunakan perkhidmatan mereka. Ia diperkatakan ramai yang mana Google bakal memperkenalkan perkhidmatan storan atas talian mereka, dinamakan sebagai Google Drive pada minggu ini.


TIPS & ULASAN