Microsoft Menawarkan Aplikasi SkyDrive Untuk Windows, dan Mac OS X

Microsoft Menawarkan Aplikasi SkyDrive Untuk Windows, dan Mac OS X

Diterbitkan pada Apr 24, 2012 oleh .

Nampaknya, sepanjang minggu ini, storan awan akan menjadi salah satu perbincangan hangat. Selepas Dropbox memperkenalkan kemaskini pada platform sebelum ini, kini nampaknya, Microsoft telah pun memperkenalkan aplikasi rasmi Microsoft SkyDrive mereka kepada pengguna Windows, Mac, iOS, dan Windows Phone membolehkan mereka mengakses SkyDrive dengan mudah melalui komputer dan peranti mereka.

Melalui halaman khas yang disediakan, para pengguna boleh memuat-turun aplikasi mengikut platform yang digunakan mereka, dan memudahkan mereka mengakses fail-fail daripada SkyDrive dengan mudah, sama seperti pada Dropbox.

Untuk pengguna Windows, mereka boleh menambah, dan menguruskan fail-fail dengan mudah, terus melalui Explorer mereka, sama seperti pengguna Mac melalui Finder. Dengan pengenalan ini, semestinya ia akan memberikan kesan kepada perkhidmatan Dropbox, dsamping membolehkan Microsoft menambah lebih ramai pengguna kepada perkhidmatan mereka, SkyDrive yang menawarkan ruangan storan sehingga 25GB.

Selain daripada SkyDrive, Google juga dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan mereka pada minggu ini, dikenali sebagai Google Drive.


TIPS & ULASAN