Internet Explorer, Chrome, Dan Firefox – Masing-Masing Popular Di 2 Rantau

Internet Explorer, Chrome, Dan Firefox – Masing-Masing Popular Di 2 Rantau

Diterbitkan pada Apr 24, 2012 oleh .

Perang pelayar web adalah salah satu perkara yang semakin hangat sejak daripada tahun lepas lagi. Sejak Google memperkenalkan Chrome, ia memberikan saingan hebat kepada pelayar web daripada Microsoft, dimana Internet Explorer mula kehilangan beberapa kedudukan utama di seluruh dunia.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Royal Pingdom, ia kelihatan, masing-masing memegang takhta di dua benua (rantau), iaitu Internet Explorer di Amerika Utara dan Kepulauan, Chrome di Asia dan Amerika Selatan, Firefox di Eropah dan Afrika.

Di Malaysia sendiri, Chrome memegang takhta sebagai pelayar web yang paling popular digunakan, diikuti oleh Firefox dan juga Internet Explorer. Walaubagaimanapun, sejak daripada Internet Explorer 9 diperkenalkan, Microsoft kelihatan semakin memfokuskan kepada mempromosikan pelayar web mereka, disamping Chrome yang semakin hari semakin popular dikalangan pengguna. Mozilla pula telah pun mengubah cara dan latar masa untuk pembangunan pelayar web mereka, menawarkan versi baru setiap 6 minggu, sama seperti Chrome.

Jadi, antara ketiga-tiga ini, apakah pelayar web kegemaran anda?


TIPS & ULASAN