Cari @ Amanz

Nampaknya, dengan pelepasan versi Beta sebelum ini, kini Microsoft telah pun dalam proses menyiapkan versi seterusnya untuk sistem operasi mereka, dan kini melalui Tweet yang dihantarkan, Microsoft berkongsi yang mana mereka akan melancarkan Windows 8 Release Preview kepada umum pada minggu pertama Jun kelak.

Untuk makluman, Windows 8 Release Preview adalah nama yang digunakan oleh Microsoft untuk versi Release Candidate (RC), yang mana merupakan versi pembangunan terakhir sebelum versi penuh dan stabil Windows 8 dikeluarkan kepada umum. Dengan ianya kini disasarkan kepada bulan Jun, mungkin kita akan dapat melihat versi akhirnya seperti jangkaan awal, pada bulan Oktober atau lebih awal daripada itu.

Buat masa ini, Microsoft masih tidak mengeluarkan apakah fungsi-fungsi baru yang bakal disertakan bersama-sama dengan Windows 8 Release Preview kelak. Namun, semestinya ia merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna. Bagi anda yang masih belum berpeluang menguji Windows 8 Beta atau dikenali sebagai Windows 8 Consumer Preview, mungkin anda boleh menyemak ulasan yang dibuat oleh kami sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd