Lebih Paparan Microsoft Office 15 Beta Mula Kelihatan

Lebih Paparan Microsoft Office 15 Beta Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Apr 24, 2012 oleh .

Semua sedia maklum yang mana Microsoft, selain daripada Windows Phone dan Windows 8, mereka juga giat membangunkan aplikasi pejabat mereka dengan antaramuka Metro, yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini atau tahun hadapan. Dan dengan ia diperkatakan Office 15 Beta akan dilancarkan sekitar bulan Jun kelak, kini beberapa antaramuka untuknya mula kelihatan di arena web.

Office 15 Beta bakal menjadi versi pembangunan terbaru daripada Microsoft, setelah mereka memperkenalkan Office 15 Technical Preview pada awal tahun ini. Namun, versi Technical Preview dikhaskan untuk pembangun terpilih sahaja, dan tidak dibuka kepada umum. Mungkin kita akan dapat melihat perubahan, dengan versi beta diperkenalkan secara lebih terbuka kepada umum.

Jadi, dari paparan antaramuka yang diperlihatkan, apakah pendapat anda berkaitan dengan aplikasi pejabat generasi baru daripada Microsoft ini?


TIPS & ULASAN