Google Drive Bakal Dilancarkan Seawal Hari Ini (Atau Esok)?

Google Drive Bakal Dilancarkan Seawal Hari Ini (Atau Esok)?

Diterbitkan pada Apr 24, 2012 oleh .

Dengan Microsoft memperkenalkan aplikasi SkyDrive pada platform Windows, Mac OS X dan lain-lain, kini ia dilaporkan Google bakal melancarkan perkhidmatan storan awan mereka yang dikenali sebagai Google Drive seawal hari ini, yang mana akan menawarkan ruangan storan percuma sebanyak 5GB melaluinya.

Sebelum ini, beberapa paparan awal telah kelihatan, termasuk sokongan perkongsian melalui Android terus ke Google Drive. Ia juga kelihatan yang mana seperti Google Drive bakal mengantikan Google Docs. Namun, ia masih pada peringkat ura-ura dan tidak ketahui sama ada akan diganti sepenuhnya atau bagaimana.

Namun, apa yang menariknya mengenai ruangan storan daripada Google adalah dimana ruangan tambahan yang ditawarkan oleh mereka pada harga yang amat murah, berbanding dengan pesaing-pesaing seperti Dropbox dan sebagainya. Bagi anda yang biasa dengan ruangan storan tambahan daripada Google, mungkin anda ketahui yang mana Google menawarkan ruangan tambahan bermula daripada $5 setahun untuk ruangan sebanyak 20GB, satu harga yang sukar ditandingi oleh yang lain.

Jadi, sama-sama kita nantikan pelancaran Google Drive yang dijangka akan dilancarkan dalam masa kurang 24 jam dari sekarang.


TIPS & ULASAN