(Video) Trailer Rasmi Permainan Crysis 3 Daripada EA

(Video) Trailer Rasmi Permainan Crysis 3 Daripada EA

Diterbitkan pada Apr 24, 2012 oleh .

Salah satu permainan yang dinantikan ramai daripada Electronic Arts adalah Crysis 3 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Selepas pengumuman rasmi mereka sebelum ini, hari ini, EA secara rasminya telah pun memuat-naik video trailer untuk Crysis 3, serta memperlihatkan beberapa skrin daripada permainan tersebut.

Sebelum ini, mereka telah mengeluarkan sedikit teaser untuk pemain, menjadikan mereka ternanti-nanti akan permainan ini. Melalui apa yang dipertontonkan, Crysis 3 mengambil lokasi di New York, dimana pemain akan cuba mengembalikan kembali New York telah mengalami perubahan drastik kepada yang asal, dan untuknya merealisasikannya, pemain perlu melalui pelbagai aksi dan membunuh pihak lawan.

Jadi, daripada trailer yang dipertontonkan, adakah ianya akan menjadi permainan pilihan anda untuk tahun hadapan?


TIPS & ULASAN