Ruangan Percuma GMail Kini Ditambah Dari 7.5GB Menjadi 10GB

Ruangan Percuma GMail Kini Ditambah Dari 7.5GB Menjadi 10GB

Diterbitkan pada Apr 25, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan pelancaran Google Drive, Google terus memeriahkan industri storan atas-talian, dengan turut sama mengumumkan penambahan ruangan storan untuk perkhidmatan emel terkemuka mereka. GMail yang menawarkan ruangan percuma sebanyak 7.5GB sebelum ini, kini dinaik-taraf oleh Google dengan menawarkan ruangan pecuma sebanyak 10GB melaluinya.

Dan ia tidak berhenti begitu sahaja, dimana kaunter ruangan storan percuma pada GMail akan terus berjalan, dan meningkat dari hari ke hari. Ia merupakan salah satu perkara yang diberikan oleh Google, dengan membolehkan para pengguna untuk menyimpan emel tanpa perlu memadamkannya. Namun, saiz fail yang dihantar melalui emel dikekalkan saiznya, dimana para pengguna yang ingin menghantar fail bersaiz lebih besar, boleh menggunakan perkhidmatan Google Drive daripada Google.

Kemaskini saiz ruangan storan untuk GMail ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tempoh masa 24 jam akan datang.


TIPS & ULASAN