Cari @ Amanz

Laman sosial Google terus menerima beberapa penambahan baru. Setelah memperkenalkan kemaskini antaramuka baru sebelum ini, kini Google memperkenalkan sokongan butang perkongsian baru untuk para pembangun, membolehkan ia diintegrasi pada laman masing-masing dengan mudah.

Berbeza dengan butang +1 sebelum ini, butang baru ini dikhaskan kepada perkongsian, membolehkan anda berkongsi sesuatu halaman itu serta-merta ke laman Google+ dengan mudah. Walaubagaimanapun, seperti biasa, sekiranya anda hanya menggunakan butang “+1” sahaja, ia tetap didatangkan dengan sokongan perkongsian terus ke laman Google+ selepas anda menekan butang tersebut, yang mana memerlukan para pengguna untuk “+1” akan sesuatu artikel terlebih dahulu.

Butang Google+ Share yang baru ini juga turut sama didatangkan dengan rekabentuk yang sama, membolehkan anda menyusun ia bersebelahan dengan butang “+1” sedia ada dengan lebih mudah. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendapatkan lebih maklumat, mahupun kod untuknya, terus daripada halaman khas untuk pembangun yang disediakan oleh Google untuk butang baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd