Cari @ Amanz

Selain daripada melancarkan pelayar web Firefox 12, Mozilla juga turut sama mengemaskini klien untuk emel daripada mereka, iaitu Thunderbird kepada versi yang serupa dengan Firefox, iaitu Thunderbid 12. Melalui kemaskini yang diperkenalkan, ia membawakan peningkatan dari segi sekuriti, selain mengatasi beberapa masalah yang telah dikenal-pasti sebelum ini.

Thunderbird 12 memfokuskan sepenuhnya kepada sekuriti, dan tiada sebarang perubahan yang tampak didatangkan bersama-sama dengannya. Walaubagaimanapun, memandangkan ia berkaitan dengan keselamatan dan sekuriti, dan emel adalah salah satu medium komunikasi utama pada era digital kini, maka ia dinasihatkan semua pengguna sedia ada untuk mengemaskininya serta-merta.

Bagi para pengguna Thunderbird sedia ada, anda boleh ke menu Help, dan memilih About Thunderbird untuk menjalankan kemaskini secara automatik, manakala bagi para pengguna baru yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Thunderbird 12 secara percuma daripada laman rasmi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd