HackStore Menyediakan Aplikasi Yang Tidak Lepas Ke Mac AppStore

HackStore Menyediakan Aplikasi Yang Tidak Lepas Ke Mac AppStore

Diterbitkan pada Apr 25, 2012 oleh .

Sama seperti pada iOS, Apple telah pun memperkenalkan Mac App Store yang mengawal aplikasi yang ditawarkan untuk pemasangan, serta meninggalkan beberapa aplikasi untuk dipasang terus melaluinya. Untuk mengatasinya, lebih kurang dengan konsep sama seperti Cydia untuk iOS, kini diperkenalkan HackStore oleh seorang pembangun bebas.

Melalui HackStore, ia memfokuskan kepada pembangun yang mempunyai aplikasi atau perisian yang tidak melepasi untuk diterbitkan pada Mac AppStore, dan membolehkan mereka menawarkannya melalui HackStore dengan mudah, disamping memberikan akses kepada pengguna untuk memuat-turun dan melakukan carian aplikasi mereka terus daripada HackStore.

Antara aplikasi yang tersenarai pada HackStore, termasuklah beberapa aplikasi sumber terbuka popular seperti FileZilla, GIMP, Inkscape dan banyal lagi aplikasi yang lain. Walaubagaimanapun, beberapa pengguna melaporkan yang mana beberapa aplikasi yang dimuat-turun daripada laman tersebut masih tidak berfungsi sepenuhnya, dan mungkin akan diperbaiki dalam versi akan datang kelak.

Bagi para pengguna OS X yang ingin mencuba sendiri, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini, dan menggunakannya dalam mendapatkan pelbagai aplikasi baru dengan mudah.


TIPS & ULASAN