Microsoft Security Essentials (MSE) 4.0 Dilancarkan Kepada Umum

Microsoft Security Essentials (MSE) 4.0 Dilancarkan Kepada Umum

Diterbitkan pada Apr 25, 2012 oleh .

Dalam pelbagai aplikasi antivirus yang terdapat di pasaran untuk Windows, antara yang percuma dan mempunyai angka pengguna yang tinggi adalah aplikasi antivirus dan sekuriti daripada Microsoft sendiri, dikenali sebagai Microsoft Security Essentials (MSE). Hari ini, secara rasminya, pihak pembangunnya, iaitu Microsoft telah pun memperkenalkan kemaskini untuknya, iaitu MSE 4.0.


Microsoft Security Essentials 4.0 [Gambar : Piratz]

Microsoft Security Essentials 4.0 merupakan sekadar kemaskini biasa, membawakan peningkatan pada prestasi dan juga lebih sekuriti dan keselamatan melaluinya. Pada masa yang sama, beberapa teknologi disebaliknya turut dinaik-taraf, menjadikan aplikasi keselamatan percuma daripada Microsoft itu lebih baik lagi.

Bagi pengguna sedia ada, mungkin anda sedia mendapat kemaskini automatik untuknya, dan bagi mereka yang sedang mencari-cari salah satu aplikasi keselamatan terbaik untuk platform operasi Windows anda, mungkin anda boleh mencuba MSE 4.0 ini hari ini.


TIPS & ULASAN