Lagi Gambar Diperkatakan Samsung Galaxy S3 Kelihatan

Lagi Gambar Diperkatakan Samsung Galaxy S3 Kelihatan

Diterbitkan pada Apr 25, 2012 oleh .

Pada minggu hadapan, Samsung akan melancarkan peranti Galaxy generasi baru mereka yang dinantikan ramai. Namun, ia tidak menghentikan daripada ura-ura baru kedengaran, dimana terkini beberapa gambar baru kelihatan, diperkatakan sebagai Samsung Galaxy S3 yang dinantikan ramai.

Namun seperti biasa, ia mungkin prototaip awal peranti tersebut, dan mungkin versi akhir kelak jauh berbeza dengan apa yang diperlihatkan. Daripada paparan yang diperlihatkan, ia menunjukkan peranti tersebut menjalankan Android Market versi lama, dan bukannya Google Play Store yang diperkenalkan oleh Google baru-baru ini.

Pada masa yang sama, ia juga menunjukkan peranti tersebut membawakan butang fizikal, berbeza dengan apa yang diperlihatkan melalui video pada minggu lepas oleh salah seorang yang mengatakan mendapat prototaip awal Samsung Galaxy S3.

Walaubagaimanapun, semestinya, Samsung menyediakan pelbagai kejutan untuk pengguna mereka pada minggu hadapan, dimana selain daripada Galaxy S3, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan S-Cloud mereka pada acara yang sama.


TIPS & ULASAN