Samsung Dan Apple – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Industri Melalui Cara Berbeza

Samsung Dan Apple – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Industri Melalui Cara Berbeza

Diterbitkan pada Apr 25, 2012 oleh .

Samsung dan juga Apple kini telah menjadi antara gergasi terbesar dalam industri telefon pintar dan juga tablet, dengan masing-masing menawarkan keluarga peranti masing-masing, dengan menggunakan platform berbeza dan kaedah pemasaran yang menarik. Namun, persoalannya siapakah akan kekal memegang takhta untuk tahun-tahun akan datang?


Samsung vs Apple [via]

Seperti semua sedia maklum, Apple hanya mengeluarkan satu telefon pintar dan juga satu tablet untuk setiap tahun, serta menggunakan platform yang dibangunkan oleh mereka secara dalaman sendiri. Perkara ini memberikan mereka lebih kawalan, dan pada masa yang sama mengoptimasikan peranti mereka dengan menyeluruh untuk hardware yang digunakan pada telefon pintar dan juga tablet mereka. Dan seperti semua sedia maklum, populariti iPhone dan juga iPad amat meluas, sehingga memberikan tekanan kepada pelbagai pengeluar peranti yang lain.

Samsung pula, berbeza, menggunakan strategi berbeza dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena industri peranti mudah-alih. Seperti semua sedia maklum, Samsung mempunyai pelbagai jenis tawaran peranti, memfokuskan bukan sahaja pada peranti dengan spesifikasi tinggi, tetapi juga dengan spesifikasi rendah, membolehkan semua pihak mampu milik telefon pintar. Platform yang digunakan Samsung juga bukan hanya satu, tetapi pelbagai, termasuk BadaOS, Android, Windows Phone, dan akan datang adalah Tizen.

Kini, dengan kedua-dua gergasi ini semakin popular dari hari ke hari, masing-masing mempunyai penyokong mereka tersendiri. Selain daripada perang antara peminat masing-masing, kedua-dua gergasi ini juga seperti sering bertemu di mahkamah disebabkan kes-kes saman dan sebagainya.

Namun, persoalannya, siapakah yang akan memenangi persaingan ini, ataupun adakah kedua-duanya akan kekal sebagai dua nama besar dalam industri peranti mudah-alih dunia?


TIPS & ULASAN