Cari @ Amanz

Terato Melancarkan Permainan Bercirikan Pendidikan – Adam Dream

Oleh Aman

Link Copied!

Selepas melancarkan buku digital bercirikan pendidikan kanak-kanak, First Words For Geeks pada minggu lepas, hari ini, Terato melancarkan aplikasi permainan mereka yang serba baru dinamakan sebagai Adam Dream : Numbers Nightmare, dimana seperti pada namanya, memfokuskan kepada permainan dengan integrasi pendidikan Matematik melaluinya.

Permainan yang diperkenalkan kepada para pengguna iPhone dan juga iPad itu memerlukan para pengguna menyelesaikan masalah Matematik ketika pengembaran, dimana pada setiap tahap, ia menjadi semakin mencabar, dan masalah Matematik yang diutarakan menjadi lebih sukar.

Pengenalan aplikasi ini juga turut sama memperlihatkan fokus utama Terato kepada permainan pada peranti mudah-alih dan pada masa yang sama juga turut menghasilkan permainan bercirikan pendidikan melaluinya.

Disamping itu, melalui video yang dipertontonkan, mereka menggunakan penjenamaan Terato Games, memperlihatkan mungkin beberapa permainan baru akan diperkenalkan oleh mereka dalam masa terdekat ini. Adam Dream juga menjadi aplikasi pertama yang diterbitkan dibawah nama Terato Inc, cawangan syarikat mereka di Amerika Syarikat.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi permainan Adam Dream : Numbers Nightmare ini terus daripada Apple AppStore pada harga $1.99 hari ini.


Komen ()