Google Memilih Samsung Untuk Mengeluarkan Peranti Nexus Generasi Baru?

Google Memilih Samsung Untuk Mengeluarkan Peranti Nexus Generasi Baru?

Diterbitkan pada Apr 25, 2012 oleh .

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android, semestinya ketahui akan yang mana, Google biasanya akan memperkenalkan peranti Nexus baru pada setiap tahun, yang akan menerima sokongan dan kemaskini terlebih dahulu untuk peranti tersebut sebelum peranti Android yang lain. Dan untuk tahun ini, ia kelihatan Samsung sekali lagi memenangi kontrak Google untuknya.

Galaxy Nexus
Samsung Galaxy Nexus

Ia diperkatakan, jenama Nexus akan kekal digunakan, dan disasarkan untuk pelancaran sekitar suku tahun ke-empat tahun 2012 ini. Google diperkatakan memilih Samsung memandangkan mereka berupaya untuk membina peranti berkualiti tinggi, dan mengintegrasikannya dengan mendalam bersama Android. Apatah lagi, Samsung merupakan pengeluar peranti Android nombor satu dunia, menjadikan Google kekal memilih Samsung untuk Nexus.

Jadi, selain daripada Samsung Galaxy S3 yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan, nampaknya kita juga boleh menantikan Nexus yang ketiga daripada Samsung dan Google pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN