Google Maps Membawakan Sokongan Lawatan 3D Ke Beberapa Lokasi Utama Dunia

Google Maps Membawakan Sokongan Lawatan 3D Ke Beberapa Lokasi Utama Dunia

Diterbitkan pada Apr 26, 2012 oleh .

Google Maps merupakan salah satu produk Google yang diberikan perhatian serius oleh Google, dengan integrasi Google Earth, Street View dan pelbagai perkara lagi padanya. Dan kini, dalam menjadikannya lebih menarik, Google menyertakan sokongan lawatan 3D dalam bentuk gambar terus pada Google Maps untuk sebanyak lebih kurang 15,000 lokasi di seluruh dunia.

Melalui Google Maps, kini sekiranya anda membuat carian sesuatu lokasi, dan lokasi tersebut menyokong paparan lawatan gambar dalam bentuk 3D, maka ia akan memperlihatkan gambar pada hasil carian yang dihasilkan. Ini, sekaligus membolehkan anda melihat gambar-gambar berkenaan sesuatu lokasi, yang dikumpulkan daripada laman Picasa dan juga Panoramio.

Untuk paparan 3D ini, Google menggunakan sokongan WebGL padanya, jadi ia hanya menyokong pelayar web versi terkini, dan anda perlu aktifkan fungsi tersebut (sekiranya dimatikan) untuk menikmati sokongan tersebut.

Jadi, bagi anda yang gemar melawat sesuatu lokasi terus daripada monitor komputer anda, mungkin boleh ke Google Maps hari ini, dan memulakan lawatan 3D anda.


TIPS & ULASAN