Cari @ Amanz

Bagi mereka yang gemar mengikuti video-video yang membincangkan idea baru, disamping berbincang mengenai perkara-perkara menarik, mungkin anda sedia kenali akan TED. Setelah memperkenalkan saluran YouTube untuk TED-Ed, kini mereka turut sama melancarkan laman interaktif TED-Ed, menjadikan pembelajaran melalui video lebih menarik lagi.

Melalui laman web TED-Ed, para pelajar seperti biasa boleh melayari video-video pendidikan dengan mudah terus daripada pelayar web. Menariknya, bagi pelajar, anda boleh mengikuti pelbagai kuiz dan soalan disediakan, dan pada masa yang sama melihat perkembangan pendidikan anda dengan mudah melaluinya. Bagi pengajar pula, anda boleh menambah sesuatu topik anda sendiri, dimana anda bukan sahaja boleh membina soalan, rujukan dan sebagainya, malah turut melihat bagaimana pelajar lain menggunakan topik yang disediakan oleh anda.

Dengan penyertaan TED-Ed, disamping laman popular Khan Academy, mungkin dalam tahun ini, kita akan dapat melihat perkembangan positif dunia pendidikan interaktif melalui pelayar web, sekaligus memudahkan lagi pelajar mahupun sesiapa sahaja mempelajari perkara baru.

Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, boleh melayari laman TED-ED Beta hari ini, dan mempelajari pelbagai perkara baru melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd