Flickr Mengemaskini Perkhidmatan – Memperkenalkan Pemuat-Naik Media Baru

Flickr Mengemaskini Perkhidmatan – Memperkenalkan Pemuat-Naik Media Baru

Diterbitkan pada Apr 26, 2012 oleh .

Walaupun Yahoo! aktif mematikan beberapa perkhidmatan lain, satu-satunya perkhidmatan yang terus menerima penambah-baikkan dan juga fungsi-fungsi baru adalah Flickr. Hari ini, pembangun Flickr memperkenalkan sokongan muat-naik yang serba-baru, disamping berkongsi statistik mengatakan kini Flickr menjadi lokasi untuk perkongsian sebanyak lebih 7 billion gambar dari seluruh dunia.

Menggunakan teknologi sokongan HTML5 pada pelayar web, Flickr membawakan pelbagai penambah-baikkan pada sokongan memuat-naik gambar terus melaluinya. Kini, ia menyertakan sokongan drag-drop pada pelayar web, membolehkan anda memuat-naik gambar dengan pantas lagi terus dari desktop. Flickr turut mengatakan kelajuan muat-naik kini lebih pantas, membawakan peningkatan sehingga 60% kepada pengguna antarabangsa.

Dan dengan teknologi kamera yang semakin meningkat naik, Flickr kini menambah had saiz gambar kepada 30MB bagi pengguna percuma, dan sehingga 50MB untuk pengguna berbayar. Ini membolehkan pengguna menyimpan gambar beresolusi tinggi dan berkongsi dengan lain melalui Flickr dengan lebih mudah lagi.

Sokongan baru ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna Flickr secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang. Pada masa yang sama, pembangunnya turut mengatakan, lebih banyak fungsi baru akan hadir dalam masa akan datang khas kepada pengguna Flickr.


TIPS & ULASAN