Telefon Pintar Galaxy Baru Akan Dijana Oleh Cip Exynos 4 Quad 1.4GHz

Telefon Pintar Galaxy Baru Akan Dijana Oleh Cip Exynos 4 Quad 1.4GHz

Diterbitkan pada Apr 26, 2012 oleh .

Selain daripada mengeluarkan peranti mudah-alih, Samsung juga merupakan pengeluar komponen dalaman untuk peranti mudah-alih, termasuk salah satunya adalah cip pemprosesan. Kini, dengan seminggu lagi untuk pelancaran peranti mereka, Samsung telah pun mengumumkan Galaxy baru mereka kelak akan menggunakan cip pemprosesan Exynos 4 Quad padanya. kelak.

Melalui cip pemprosesan baru ini daripada Samsung, ia membawakan kelajuan operasi sehingga 1.4GHz untuk setiap teras, dimana melaluinya, membolehkan para pengguna menonton dan merakamkan video 1080p pada kadar 30fps, serta membawakan tenaga lebih dua kali ganda berbanding cip versi sebelumnya serta membawakan penjimatan kuasa sehingga lebih 20%.

Selain daripada digunakan pada “The Next Galaxy”, Samsung juga dijangka akan menggunakan cip ini pada pelbagai peranti Galaxy lain yang dikeluarkan oleh mereka pada tahun ini.


TIPS & ULASAN