Aplikasi Wazapp Untuk MeeGo Bakal Dilancarkan Pada 1 Mei

Aplikasi Wazapp Untuk MeeGo Bakal Dilancarkan Pada 1 Mei

Diterbitkan pada Apr 26, 2012 oleh .

Pada peranti mudah-alih, salah satu aplikasi permesejan popular dikalangan semua pengguna adalah Whats App. Namun, amat mendukacitakan kerana mereka tidak mengeluarkan aplikasi rasmi untuk platform MeeGo. Tetapi, perkara ini tidak menghentikan komuniti daripada membangunkan aplikasi tersebut untuk MeeGo, dimana projek yang dibangunkan komuniti tersebut bakal dilancarkan pada 1 Mei kelak, dibawah nama Wazapp.

Ia boleh dikatakan, buat masa ini, ia telah menghampiri fasa akhir, dan dengan tarikh pelancaran 1 Mei kelak, ia akan memudahkan para pengguna MeeGo berhubung dengan rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah, disamping menjadikan platform sumber terbuka itu turut tidak ketinggalan sama untuk mendapatkan akses kepada aplikasi permesejan popular.

Selain daripada MeeGo, aplikasi Wazapp tersebut juga dijangka akan menyokong platform Maemo. Sama-sama nantikan tarikh 1 Mei kelak untuk pelancaran rasmi aplikasi tersebut kepada umum.

Tips daripada Syazwan.


TIPS & ULASAN