Yes Bakal Melancarkan Telefon Pintar 4G Pada Minggu Hadapan

Yes Bakal Melancarkan Telefon Pintar 4G Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Apr 26, 2012 oleh .

Yes 4G setelah senyap untuk suatu waktu yang lama, kini telah pun mengumumkan akan melancarkan peranti pintar mereka yang dinantikan ramai pada minggu hadapan. Buat masa ini, spesifikasi untuk telefon pintar tersebut masih lagi tidak diketahui, dan Yes dijangka akan melancarkan pada hari Rabu hadapan.


CEO Yes4G Dirakamkan Menggunakan Telefon Pintar Android Yes4G [via]

Sebelum ini, Yes telah mengatakan sedang membangunkan telefon pintar 4G mereka menggunakan platform Android. Namun perkara tersebut telah mengalami sedikit penangguhan disebabkan beberapa perkara. Walaubagaimanapun, pada ketika itu, telefon pintar yang dikatakan dalam pembangunan itu diperkatakan menggunakan Android 2.3 padanya, dan tidak pasti samada apa yang mereka akan lancarkan pada minggu hadapan ini bakal menggunakan Ice Cream Sandwich ataupun sebaliknya.

Pada masa yang sama, ia juga dikatakan telefon pintar ini turut akan menyertakan ruangan kad-SIM untuk memudahkan para pengguna menggunakan talian kedua pada peranti mereka, selain skrin bersaiz 4.1-inci padanya. Namun, segalanya mungkin berubah memandangkan teknologi bergerak pantas, dan mungkin fungsi yang lebih menarik disertakan bersama dengannya.

Sama-sama kita nantikan pelancaran telefon pintar Yes4G pada minggu hadapan, dimana kami akan cuba membawakan kemaskini langsung daripada acara tersebut kepada anda.


TIPS & ULASAN