Sokongan Lawatan 3D Di Google Maps Turut Diperkenalkan Untuk Lokasi Di Malaysia

Sokongan Lawatan 3D Di Google Maps Turut Diperkenalkan Untuk Lokasi Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 26, 2012 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman Google untuk sokongan lawatan gambar 3D terus pada Google Maps, nampaknya, ia turut menyertakan sokongan untuk lokasi-lokasi di Malaysia, dimana para pengguna boleh melayari dan melawat beberapa lokasi popular di Malaysia terus melalui pelayar web anda.

Antara lokasi-lokasi popular yang disertakan, termasuklah Dataran Merdeka, Batu Caves, A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad, dan banyak lagi lokasi-lokasi popular dikalangan pelancong. Ini merupakan sebahagian daripada lokasi di Malaysia, yang mana termasuk dalam lebih 15,000 lokasi diseluruh dunia yang didatangkan dengan sokongan tersebut.

Untuk menjayakan perkara ini, Google menggunakan gambar yang dikongsikan pengguna daripada Picasa dan Panoramio, dan menjayakannya melalui paparan 3D yang amat menarik sekali.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web terkini, mungkin boleh mengaktifkan sokongan WebGL padanya, dan mula melayari lokasi-lokasi menarik bukan sahaja didalam negara, malah turut diluar negara, terus daripada monitor anda.


TIPS & ULASAN