Konami Memperlihatkan Video Permainan PES 2013 – Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Konami Memperlihatkan Video Permainan PES 2013 – Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Diterbitkan pada Apr 26, 2012 oleh .

Jikalau dilihat untuk permainan bercorak sukan bola sepak, permainan yang menjadi pilihan ramai adalah Pro Evolution Soccer daripada Konami. Untuk tahun ini, mereka bakal mengeluarkan kemaskini untuknya, iaitu PES 2013, dan hari ini, video promosi pertama untuknya telah pun dikeluarkan oleh pembangun permainan tersebut.

Melalui PES 2013, ia memfokuskan kerjasama Konami dengan pemain Real Madrid, iaitu Cristiano Ronaldo, dimana melalui video yang dikeluarkan ini sendiri, ia memfokuskan sekitar watak pemain tersebut.

Grafik dan permainan sendiri pada PES 2013 memperlihatkan lebih peningkatan, membawakan lebih sokongan penuh, dan kawalan permainan yang menyeluruh. PES 2013 disasarkan untuk dilancarkan pada tahun ini, dan akan dikeluarkan untuk platform dan konsol Xbox 360, PlayStation 3 dan juga PC.


TIPS & ULASAN