Cari @ Amanz

Sering-kali kita dengar Google membeli syarikat kecil dalam usaha untuk memperluaskan portfolio mereka, disamping membawa masuk bakat-bakat baru menyertai syarikat mereka. Namun, berbeza hari ini, apabila Trimble, salah satu syarikat yang membuat beberapa perkara berkaitan kejuruteraan, mengumumkan pengambil-alihan SketchUp daripada Google.

Dengan pengambil-alihan ini, pasukan pembangun SketchUp dan juga teknologi disebaliknya akan menyertai dan dibangunkan serta disokong oleh Trimble. Melalui kepakaran berkaitan dengan kejuruteraan yang dimiliki oleh Trimble, semestinya ia akan menguntungkan pengguna dan juga komuniti disebalik SketchUp, dan terus membawakan pembaikkan dan fungsi-fungsi baru padanya.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh Google mahupun Trimble. Untuk makluman, SketchUp adalah salah satu aplikasi percuma yang disediakan oleh Google yang menawarkan sokongan membuat model dalam bentuk 3D, selain berkongsi dengan yang lain melalui Google Earth dan lain-lain. Ia merupakan salah satu aplikasi yang popular bagi pengemar dan mereka yang bekerja dalam industri 3D dan juga kejuruteraan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd