Cari @ Amanz

Dengan persaingan yang semakin hangat antara peranti iOS dan juga Android, ia kelihatan RIM tidak ingin ketinggalan sama, dimana kini diperkatakan, RIM bakal mengumumkan peranti dengan sistem operasi BlackBerry 10 seawal bulan Ogos ini, sebelum memulakan jualannya pada bulan Oktober kelak.

Research In Motion yang diperkatakan mengalami pengurangan pengguna akhir-akhir ini dilihat seperti bakal memperkenalkan BlackBerry 10 dengan peranti mereka yang dikemaskini, serta membawakan pelbagai fungsi baru dan peningkatan daripada sedia ada melaluinya.

Ia diperkatakan peranti pertama untuk BlackBerry 10 kelak akan menjadi peranti yang memfokuskan skrin sentuh sepenuhnya, selain peranti berasaskan QWERTY juga turut akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan. RIM juga disasarkan akan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk tujuan pemasaran mereka melalui peranti BlackBerry 10 kelak.

Jadi, mungkinkah BlackBerry akan kembali beraksi dan memikat hati pengguna bermula daripada BlackBerry 10 kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd