Setelah melancarkan versi stabil Mozilla Firefox 12 pada awal minggu ini, nampaknya pembangun pelayar web sumber terbuka popular itu kini telah pun melangkah setapak kehadapan lagi dengan pengenalan pelayar web generasi berikutnya, iaitu Firefox 13 Beta.
Melaluinya, berbeza dengan Firefox 12 yang lebih mengutamakan kepada kemaskini sekuriti, melalui Firefox 13, ia membawakan pelbagai peningkatan bersama-sama dengannya, termasuk rekabentuk baru untuk halaman tab utama Firefox, berserta dengan akses pantas kepada beberapa fungsi utama, seperti Bookmark, History dan sebagainya.
Pada masa yang sama, prestasi pelayar web Firefox 13 Beta sendiri dipertingkatkan, dengan berfungsi lebih pantas daripada sebelumnya. Ia juga turut menyertakan SPDY dan diaktifkan, membolehkan para pengguna mengakses sesuatu web itu dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 13 Beta hari ini, dan mencuba sendiri pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama dengannya, sebelum versi stabil dilancarkan dalam masa 6 minggu lagi.