Discovery Channel Dan HP Bekerjasama – Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik kepada Pengguna

Discovery Channel Dan HP Bekerjasama – Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik kepada Pengguna

Diterbitkan pada Apr 27, 2012 oleh .

HP, salah satu pengeluar peralatan perkomputeran terkemuka dunia, kini mengumumkan kerjasama dengan Discovery Channel, salah satu saluran informasi terkemuka dunia, dimana melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat akan bersama menyediakan episod baru untuk siri MythBusters kepada para penonton di Asia Tenggara.

Kerjasama ini juga merupakan sebahagian daripada promosi yang dilakukan oleh HP untuk Ultrabook terbaru mereka, HP Folio 13 yang telah diperkenalkan oleh HP Malaysia sebelum ini. Dengan nama Ultrabook sendiri, mungkin umum sedia ketahui akan yang mana ia membawakan rekabentuk yang amat nipis dan menarik, disamping menyertakan bateri dengan masa bertahan sehingga 9 jam padanya. Di Malaysia, HP Folio 13 dijual pada harga RM2999, namun, melalui promosi yang diadakan oleh pihak HP Malaysia, para pengguna boleh memenanginya secara percuma dengan menyertai peraduan yang diadakan dengan kerjasama Discovery Channel Asia.

Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Kuala Lumpur, mungkin anda sendiri boleh datang melihat roadshow yang diadakan oleh HP Malaysia bersama Discovery Channel pada 25 hingga 29 April ini di Mid Valley Kuala Lumpur, serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif disana. Bagi mereka yang tinggal jauh pula, mungkin boleh menyertai peraduan yang dianjurkan mereka melalui web, dan memenangi pelbagai hadiah menarik melaluinya.


TIPS & ULASAN