Gambar “Galaxy S3” Dengan Butang Fizikal Dan Kapasitif Diperlihatkan

Gambar “Galaxy S3” Dengan Butang Fizikal Dan Kapasitif Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 27, 2012 oleh .

Sehari lagi berlalu, dan sekali lagi gambar yang diperkatakan sebagai Galaxy S3 mula kelihatan pada arena web, memperlihatkan beberapa perkara seperti mana diura-urakan sebelum ini, selain turut diperkatakan sebagai rekabentuk akhir untuk peranti tersebut.

Melalui gambar baru yang kelihatan, ia memperlihatkan peranti Samsung dengan skrin yang direkabentuk dari penjuru ke penjuru, selain mana turut menyertakan butang fizikal dan juga kapasitif padanya, berbeza dengan apa yang diperlihatkan pada video sebelum ini.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia masih tidak diketahui sama ada ianya merupakan rekabentuk akhir, prototaip dan sebagainya. Segalanya dijangka akan terjawab pada 3 Mei kelak, melalui acara rasmi Samsung untuk pengenalan “The Next Galaxy”.


TIPS & ULASAN