Samsung Mendahului Nokia Dalam Industri Telefon Mudah-Alih

Samsung Mendahului Nokia Dalam Industri Telefon Mudah-Alih

Diterbitkan pada Apr 28, 2012 oleh .

Nampaknya, Samsung yang kini mengikuti gaya Nokia dengan mengeluarkan pelbagai saiz dan bentuk peranti mula membuahkan hasil, dimana kini melalui statistik semasa yang dikeluarkan, ia mendahului Nokia sebagai syarikat pengeluar telefon mudah-alih terkemuka di dunia.

Melalui angka yang dikeluarkan untuk suku tahun pertama 2012, ia memperlihatkan Samsung telah mengeluarkan sebanyak lebih 93.5 juta telefon mudah-alih, manakala Nokia hanya mengeluarkan sebanyak 82.7 juta sahaja. Apple pula hanya mengeluarkan sebanyak 35.1 juta peranti sepanjang tempoh tersebut.

Pada masa yang sama, dari segi penjualan telefon pintar sendiri, Samsung sekali lagi mengunguli kategori tersebut dengan pengeluaran sebanyak 44.5 juta peranti berbanding Nokia yang menduduki tempat ketiga dengan hanya 11.9 juta peranti sahaja.

Walaubagaimanapun, untuk Nokia ia boleh diperkatakan sebagai salah satu permulaan dan nafas baru melalui fokus mereka kepada Windows Phone. Mungkinkah suku tahun kedua memberikan Nokia peluang mendahului Samsung kembali, atau Samsung akan terus mendahului yang lain?


TIPS & ULASAN