Cari @ Amanz

Akhirnya,setelah lebih kurang 15 bulan sejak Mac AppStore dilancarkan, kini ia dilaporkan bilangan aplikasi yang terdapat pada platform tersebut telah pun melangkaui lebih daripada 10,000 aplikasi padanya, percuma dan juga berbayar.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih belum diumumkan oleh pihak Apple secara rasminya buat masa ini. Untuk makluman, Mac AppStore merupakan salah satu kedai aplikasi yang ditawarkan oleh Apple khas untuk pengguna OS X, membolehkan mereka, memuat-turun aplikasi dengan mudah selain membuat pembelian melaluinya. Ia juga menawarkan kemudahan untuk para pengguna mendapatkan kemaskini aplikasi sebaik sahaja versi baru dikeluarkan melaluinya.

Selain daripada AppStore rasmi, baru-baru ini juga, salah seorang pembangun bebas telah mengeluarkan HackStore, membolehkan mereka yang tidak melepasi beberapa peraturandan tetapan yang disediakan oleh Apple untuk meawarkan aplikasi mereka melalui HackStore.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd