Cari @ Amanz

Tidak lama sebelum ini, kami telah memperlihatkan beberapa gambar sekitar ibu pejabat syarikat animasi terkemuka negara, Les Copaque. Dan hari ini pula, kami berkesempatan untuk meninjau pejabat baru Yes 4G yang terletak di Sentul. Menariknya, melalui rekabentuknya, ia memfokuskan kepada penggunaan cahaya semulajadi, dengan dinding yang direkabentuk menggunakan kaca untuk cahaya luar masuk ke dalam dengan mudah.


Pintu masuk ke pejabat Yes 4G


Pandangan sekitar pintu masuk pejabat Yes 4G


Jalan masuk yang mana perlu melalui saluran paip yang besar, dihubungkan terus ke pintu masuk utama.


Kawasan bekerja terbuka kepada semua, membolehkan para pekerja berinteraksi dan menyelesaikan tugas dengan pantas. Sekiranya anda perasan, tiada sebarang wayar yang terdapat pada meja, selain tiada telefon interkom juga disediakan. Yes4G menekankan persekitaran pekerjaan dimana anda perlu bergerak, dan menyelesaikan kerja dengan pantas, berbanding membuat panggilan kepada rakan sekerja yang lain. Untuk mewujudkan perkara ini, kawasan bekerja terbuka diperkenalkan.


Lokasi untuk kumpulan pekerja yang berurusan 24 jam, termasuk pasukan pembangun web dan sistem yang turut ditempatkan disini.


Penggunaan kaca sebagai dinding membolehkan cahaya semula jadi menembus masuk ke bangunan, sekaligus membolehkan mereka menjimatkan penggunaan tenaga elektrik harian.


Kafeteria


Laluan perjalanan menggunakan karpet berwarna hijau dengan rekabentuk seumpama rumput, memberikan keselesaan kepada semua.


Lokasi tinjuan untuk menghilangkan kebosanan.


Persekitaran pejabat yang amat selesa dan memberikan persekitaran seumpama taman.


Memandangkan sebahagian daripada pejabat tersebut dilokasikan di atas bekas jalan keretapi, maka rekabentuknya disesuaikan dengannya. Malah beberapa bahagian pada bangunan tersebut berusia beberapa puluhan tahun lamanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd