Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, Google telah memperkenalkan produk baru mereka, dinamakan Schemer. Tetapi pada ketika itu, ia diperkenalkan dalam bentuk beta tertutup, memerlukan pengguna mempunyai emel jemputan untuk mendaftarkannya. Dan kini, ia kelihatan Google telah bersedia, dan hari ini telah pun melancarkannya secara rasmi kepada semua pengguna seluruh dunia.

Melalui Schemer, ia menjadikan kehidupan lebih menarik, dimana anda boleh mencari pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dan dicapai, disamping berkongsi aktiviti menarik anda untuk menginspirasikan orang lain.

Schemer membolehkan anda berkongsi sebarang perkara yang anda ingin lakukan, seperti memasak sesuatu kek, melawat sesuatu lokasi, melakukan suatu projek ringkas dan sebagainya. Melalui sokongan sosial, ia juga membolehkan anda mengetahui apakah yang sedang dilakukan pengguna lain, mahupun rakan-rakan anda.

Schemer turut menyediakan aplikasi mudah-alih mereka untuk Android dan bakal diperkenalkan untuk iPhone tidak lama lagi. Memandangkan ia menggunakan akaun Google+ untuk berfungsi, anda juga boleh berkongsi pelbagai kejayaan anda dengan mudah terus pada laman sosial Google itu.

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman rasmi Schemer hari ini, dan menyertai sendiri dunia Schemer, dan melakukan lebih banyak pencapaian menarik dalam kehidupan harian anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd