HP Malaysia Dan Discovery Channel Asia Memperlihatkan Kuasa Sebenar HP Folio 13

HP Malaysia Dan Discovery Channel Asia Memperlihatkan Kuasa Sebenar HP Folio 13

Diterbitkan pada Apr 29, 2012 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, HP Malaysia telah pun menamatkan acara promosi mereka bersama pihak Discovery Channel Asia hari ini. Melalui acara tersebut yang turut memfokuskan kepada rancangan MythBusters, beberapa perkara menarik telah dikongsikan bersama oleh HP Malaysia bersama para hadirin mereka.

Melalui acara tersebut, HP Malaysia mempromosikan HP Folio 13 yang telah mula dijual di Malaysia sejak daripada penghujung tahun lepas, dimana merupakan salah satu Ultrabook daripada HP, dimana seperti pada namanya, ia membawakan paparan seluas 13-inci, dan disertakan bersama cip pemprosesan Intel Core i5 dan juga Windows 7 padanya. Untuk beroperasi dengan pantas, ia menggunakan storan SSD, selain turut menyertakan pelbagai sokongan teknologi terkini, termasuk HDMI, backlit untuk papan kekunci, HP TrueVision HD WebCam, dan pelbagai perkara lagi.

Dan memandangkan ia turut memfokuskan rancangan MythBusters, maka mereka turut berkongsi akan beberapa perkara menarik berkaitan dengan produk mereka itu.

Salah satu kelebihan yang terdapat pada HP Folio 13 adalah sokongan bateri sehingga 9.5 jam lamanya. HP sendiri mendemonstrasikan sebuah laptop yang dijalankan atas kuasa bateri pada acara tersebut, memperlihatkan jangka masa bertahan bateri tersebut yang agak lama berbanding peranti lain di pasaran.

Pada masa yang sama, ia menyertakan sokongan HP CoolSense padanya. Umum sedia maklum yang mana setiap komputer riba cepat menjadi panas apabila digunakan untuk suatu jangka masa yang lama. Namun, melalui teknologi HP CoolSense, ia membolehkan komputer riba anda secara automatik mengawal suhu dan haba yang dihasilkan bergantung kepada keadaan dan penggunaan mereka.

Dari segi berat pula, HP Folio 13 hanya seberat 1.5kg sahaja, agak ringan untuk sebuah komputer riba, selain turut didatangkan dengan sokongan keselamatan terbina padanya, menjadikan data anda lebih selamat lagi.

HP Folio 13 kini berharga RM2999 di Malaysia, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi HP di seluruh Malaysia.


TIPS & ULASAN