Firefox 14 Aurora Sedia Untuk Diuji – Membawakan Sokongan Tambahan Baru Untuk Pembangun

Firefox 14 Aurora Sedia Untuk Diuji – Membawakan Sokongan Tambahan Baru Untuk Pembangun

Diterbitkan pada Apr 29, 2012 oleh .

Dengan Firefox 13 Beta dilancarkan sebelum ini, Mozilla turut sama kini telah mengemaskini saluran pembangunan Aurora, sekaligus membolehkan para pengguna seluruh dunia yang ingin menguji Firefox 14 Aurora memuat-turun pelayar web sumber terbuka tersebut, yang mana menyertakan beberapa sokongan tambahan kepada pembangun web dan pengguna secara amnya.

Untuk para pembangun, kini anda boleh menyemak pelbagai elemen pada sesuatu laman web dengan lebih menyeluruh lagi. Pada masa yang sama, Style Editor turut menyertakan beberapa penambahan, serta sokongan untuk memadam sesuatu komen pada fail sumber dengan lebih pantas lagi. Ia juga turut membawakan sokongan untuk Pointer Lock API, dan beberapa teknologi moden dalam industri web pada masa sekarang ini.

Untuk pengguna pula, ia membawakan sokongan paparan skrin penuh untuk pengguna OS X 10.7 Lion, selain mana untuk semua pengguna, secara amnya, ia membawakan pelayar web yang lebih pantas, dan menggunakan masa memulakan Firefox yang lebih singkat berbanding sebelumnya, walaupun anda mempunyai pelbagai tab terbuka. Untuk anda memindahkan data daripada Internet Explorer dan juga Safari, ia kini lebih mudah, dan dibangunkan menggunakan JavaScript sepenuhnya. Beberapa perubahan antaramuka turut diperkenalkan padanya.

Bagi mereka yang ingin menguji terlebih dahulu Firefox 14 sebelum ia dilancarkan pada saluran stabil dalam masa lebih kurang 12 minggu lagi, mungkin boleh memuat-turun versi Aurora ini hari ini, dan mengujinya sendiri.


TIPS & ULASAN