Dengan Pengenalan myIdentity, Ia Menjadikan Perkhidmatan myEmail Tidak Relevan Lagi

Dengan Pengenalan myIdentity, Ia Menjadikan Perkhidmatan myEmail Tidak Relevan Lagi

Diterbitkan pada Apr 30, 2012 oleh .

Perkhidmatan myEmail merupakan salah satu perkhidmatan yang agak hangat diperkatakan pada tahun lepas, dengan jumlah kewangan yang dilaburkan padanya yang tidak masuk akal. Namun, popularitinya seperti tidak meningkat naik, dengan promosi yang agak lemah. Dan kini, dengan pengenalan perkhidmatan myIdentity daripada pihak kerajaan sendiri, ia menjadikan myEmail seperti tidak relevan lagi.

Untuk makluman, myIdentity dibangunkan oleh beberapa agensi kerajaan, termasuk dengan kerjasama pihak MAMPU, Jabatan Pendaftaran Negara dan banyak lagi agensi kerajaan yang lain, sekaligus menjadikan perkongsian data peribadi dengan mereka seperti lebih selamat berbanding berkongsi dengan perkhidmatan lain.

Pada masa yang sama, melalui penerangan yang disediakan pada laman myIdentity, ia menerangkan yang mana dengan myIdentity, para pengguna tidak perlu memberi maklumat peribadi yang sama berulang kali, dan boleh mengubah maklumat peribadi ereka terus melalui sistem yang disediakan, sekaligus memudahkan perhubungan anda dengan agensi kerajaan.

Dalam sokongan mengemas-kini maklumat, ia turut menyediakan sokongan untuk mengemaskini alamat emel anda, dan juga alamat rumah, sekaligus menjadikan kami tertanya-tanya mengenai apakah kewujudan perkhidmatan myEmail relevan lagi ataupun tidak.

Jadi, apa kata anda?


TIPS & ULASAN