Apakah Perkara Utama Yang Diakses Melalui Internet Pada Peranti Mudah-Alih?

Apakah Perkara Utama Yang Diakses Melalui Internet Pada Peranti Mudah-Alih?

Diterbitkan pada Apr 30, 2012 oleh .

Internet kini telah menjadi salah satu medium utama dalam kehidupan harian, dimana bukan sahaja melalui dekstop, tetapi peranti mudah-alih turut menjadi salah satu medium utama yang digunakan oleh rakyat tempatan untuk mengakses internet. Namun, apakah perkara utama dan mereka cari melalui akses internet pada peranti mudah-alih?

Melalui kajian yang dilakukan oleh InMobi, mereka memperlihatkan secara purata, rakyat Malaysia menghabiskan masa sehingga 103 minit setiap hari pada peranti mudah alih, dan perkara utama yang diakses oleh semua adalah hiburan, dan juga permainan.

Akses kepada sosial media jatuh pada tempat ketiga dengan sebanyak 16% akses internet digunakan untuknya, selain pencarian info dan emel masing-masing merupakan sekitar 14% dan 11%. Carian berkaitan informasi tempatan juga agak banyak dilakukan, iaitu sebanyak 7% oleh pengguna tempatan, mungkin salah satu perkara mengapa Google mula memfokuskan perkara tersebut.

Jadi, bagi anda pula, apakah tujuan utama anda mengakses internet melalui peranti mudah-alih anda?


TIPS & ULASAN