Nokia Bakal Menjual Subsidiari Mereka – Vertu?

Nokia Bakal Menjual Subsidiari Mereka – Vertu?

Diterbitkan pada Apr 30, 2012 oleh .

Vertu merupakan salah satu syarikat subsidiari milik Nokia yang mengeluarkan peranti eksklusif dan berharga mahal. Kini, ia diperkatakan Nokia sedang dalam perbincangan awal untuk menjualnya kepada pemilik baru, dan mungkin akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Untuk makluman, sebelum-sebelum ini, Vertu telah menghasilkan pelbagai peranti yang disertakan dengan beberapa perkara tambahan dari segi rekabentuk peranti, termasuk penggunaan beberapa material yang mahal, menjadikan harganya mencecah ratusan ribu ringgit.

Sebelum ini, Nokia telah diura-ura akan menjual Vertu sejak bulan Disember yang lepas, dan kini perkara tersebut mula kedengaran kembali. Walaubagaimanapun, Vertu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN