Aplikasi MyTeksi Untuk iPhone Dilancarkan Secara Rasmi

Aplikasi MyTeksi Untuk iPhone Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Apr 30, 2012 oleh .

MyTeksi sebelum ini pada bulan lepas telah memulakan ujian beta tertutup mereka untuk aplikasi iPhone, dan hari ini, secara rasminya, aplikasi tersebut telah pun dilancarkan kepada umum, membolehkan semua pengguna iPhone memuat-turunnya, dan mula menggunakannya dalam membuat tempahan untuk teksi.

Pembangun MyTeksi turut mengatakan melalui laman web mereka yang mana aplikasi Android untuknya akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagi mereka yang tidak mengetahui akan aplikasi MyTeksi, ia merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan anda membuat tempahan untuk teksi terus melalui peranti mudah-alih anda, dan seterusnya pemandu teksi akan menerima notifikasi, dan membolehkan mengambil anda di lokasi yang ditentukan oleh kedua-dua pihak.

Jadi, bagi anda pengguna iPhone, mungkin boleh memuat-turun aplikasi MyTeksi secara percuma hari ini, dan mula menggunakannya dalam membuat tempahan teksi anda.


TIPS & ULASAN