Cari @ Amanz

Rovio telah pun melancarkan Angry Birds : Space lebih kurang sebulan lebih yang lepas, membawakan permainan yang serba baru kepada dunia permainan Angry Birds. Hari ini, mereka mengumumkan berita gembira, dimana Angry Birds : Space dilaporkan telah dimuat-turun lebih daripada 50 juta kali dalam tempoh 35 hari yang lepas.

Perkara ini sekaligus menjadikan Angry Birds : Space sebagai permainan mudah-alih yang paling pantas berkembang dan mencapai angka tersebut, mematahkan pelbagai rekod yang dibuat oleh mereka sebelum ini.

Walaupun ramai yang mengatakan mereka agak bosan dengan permainan Angry Birds, nampaknya, ia bukanlah salah satu perkara besar untuk Rovio, dimana mereka telah pun membuktikan yang mana permainan Angry Birds masih mempunyai peminat mereka tersendiri, dan sekaligus mungkin akan memberikan lebih semangat lagi kepada pembangun Rovio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd