Paper – Aplikasi Lakaran Yang Menarik Untuk Pengguna iPad

Paper – Aplikasi Lakaran Yang Menarik Untuk Pengguna iPad

Diterbitkan pada Mei 1, 2012 oleh .

Pada iPad, terdapat pelbagai aplikasi yang memfokuskan kepada melukis dan melakar, dan salah satu aplikasi yang popular adalah Paper yang dibangunkan oleh syarikat bernama FiftyThree. Melalui Paper, ia membawakan antaramuka yang amat kemas dan ringkas, selain memudahkan para pengguna untuk melakar dan menyimpan idea mereka dengan pantas melalui aplikasi tersebut.

Paper juga boleh turut dikatakan sebagai aplikasi terbaik pada pasaran yang memfokuskan kepada lakaran terus menggunakan jari, tanpa keperluan menggunakan peranti tambahan seperti stylus dan sebagainya. Bagi mereka yang menggunakan iPad, anda boleh mendapatkan aplikasi ini secara percuma daripada AppStore, walaupun ia turut menawarkan beberapa pilihan tambahan (in-app purchase) secara berbayar.

Melalui aplikasi Paper, para pengguna dihidangkan dengan beberapa buku lakaran digital, dimana anda turut boleh menambah koleksi buku lakaran anda, dan menamakannya mengikut kegemaran anda, seperti idea, jurnal, contengan dan sebagainya.

Untuk versi percuma, Paper didatangkan dengan sokongan pemadam, satu pena lakaran, dan juga beberapa pilihan warna. Bagi anda yang sememangnya mengemari lakaran, anda turut sama boleh memilih beberapa pena dan berus tambahan pada harga $1.99 setiap satu.

Sebaik sahaja anda membuat sesuatu lakaran, ia akan disimpan secara automatik pada sesuatu buku lakaran itu, dimana anda boleh menambah kertas lukisan digital padanya, selain pada masa bosan, turut melihat hasil lakaran anda sebelum-sebelum ini. Bagi para pengemar laman sosial, anda turut sama boleh berkongsi akannya dengan beberapa pilihan laman sosial terkemuka, seperti Twitter mahupun Facebook.

Salah satu fungsi menarik padanya adalah kebolehan untuk patah kembali (rewind), dimana anda hanya perlu menggunakan dua jari anda, dan memusingkannya mengikut arah lawan jam pada kertas lakaran anda, dan seterusnya ia akan patah kembali ke bahagian sebelumnya, sama seperti fungsi popular Undo pada komputer.

Jadi, bagi anda yang menggunakan iPad, mungkin anda sendiri boleh memuat-turun aplikasi Paper ini secara percuma daripada AppStore, dan mula melakarkan pelbagai lakaran dan idea anda, serta menyimpannya untuk rujukan masa akan datang.


TIPS & ULASAN