Pengguna Firefox 3.6 Bakal Dikemaskini Secara Automatik Kepada Firefox 12

Pengguna Firefox 3.6 Bakal Dikemaskini Secara Automatik Kepada Firefox 12

Diterbitkan pada Mei 1, 2012 oleh .

Walaupun Mozilla kini menggunakan latar masa pembangunan pantas dengan kemaskini baru diperkenalkan setiap enam minggu, namun, masih ramai lagi menggunakan Firefox 3.6 pada komputer mereka. Dan kini, Mozilla telah pun mengumumkan Firefox 3.6 akan dikemaskini kepada Firefox 12 pada awal bulan ini secara automatik.

Sebelum ini, pada 24 April yang lepas, Mozilla telah pun mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan mengeluarkan kemaskini sekuriti untuk pelayar web terseut, dan dengan mengemaskini secara automatik kepada Firefox 12, ia bakal membolehkan para pengguna tersebut menikmati pelbagai fungsi baru bersama-sama dengan perkara lain melalui pelayar web versi terkini.

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkannya, para pengguna Firefox 3.6 perlu menetapkan kemaskini automatik mereka kepada aktif, dan tidak mematikannya.


TIPS & ULASAN