Cari @ Amanz

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini pada BlackBerry World 2012 yang diadakan, Research in Motion secara rasminya memperkenalkan peranti khas untuk pembangun, salah satu peranti ujian untuk pembangun membolehkan mereka membangunkan aplikasi untuknya, dan melancarkannya untuk platform BlackBerry 10 kelak.

Ianya berfungsi lebih kurang sama seperti Nokia N950 yang ditawarkan oleh Nokia, yang mana dikhaskan untuk para pembangun, dan tidak akan dijual kepada sesiapa mahupun dimana jua.

Secara kasarnya, ia membawakan rekabentuk menyerupai tablet PlayBook mereka, dimana ia membawakan saiz sebesar 4.2-inci, dengan resolusi 1280×768 pixel. Ia turut sama membawakan sokongan NFC seperti peranti BlackBerry sebelum ini, selain turut menggunakan mikro-SIM padanya. Dari segi sistem operasi, ia dilaporkan bukannya sistem operasi BlackBerry 10, tetapi membawakan pelbagai sokongan untuk pembangun.

Jadi, dari apa yang diperlihatkan, apakah pendapat anda berkenaan dengan peranti khas untuk pembangun ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd