BlackBerry 10 Diperlihatkan Secara Ringkas Melalui Video

BlackBerry 10 Diperlihatkan Secara Ringkas Melalui Video

Diterbitkan pada Mei 1, 2012 oleh .

Research In Motion, iaitu pembangun BlackBerry telah menumpukan pelbagai usaha mereka untuk platform terbaru mereka, dinamakan sebagai BlackBerry 10. Peranti bersama dengan platform tersebut dijangka akan diperkenalkan kelak sekitar bulan Oktober kelak, dan kini mereka memperlihatkannya dengan ringkas melalui sebuah video.

BlackBerry 10 ini diperlihatkan oleh Research In Motion hari ini khas untuk pembangun melalui BlackBerry World, disamping turut memberikan peranti khas untuk para pembangun membangunkan aplikasi mereka.

Buat masa ini, RIM lebih kepada memfokuskan kepada pembangun supaya menarik mereka membangunkan aplikasi untuk BlackBerry 10, yang mana dipermudahkan melalui sokongan HTML5 dan sebagainya. Mungkin kelak RIM turut sama akan berkongsi akan pelbagai fungsi baru yang dibawakan oleh BlackBerry 10 kepada para pengguna.

Jadi, melalui video yang diperlihatkan, apakah pendapat anda mengenai BlackBerry 10?


TIPS & ULASAN