Carian
Instagram Kini Mempunyai Lebih Daripada 50 Juta Pengguna Berdaftar
May 2, 2012 Aman

Instagram, aplikasi yang hangat diperkatakan ramai sejak Facebook membelinya pada harga $1 billion, kini dilaporkan telah pun mempunyai lebih 50 juta pengguna berdaftar dengannya, sekaligus memperlihatkan peningkatan sehingga 20 juta pengguna sejak awal April yang lepas.

Pertambahan utama boleh dikatakan adalah hasil penyertaan para pengguna Android, setelah Instagram memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna Android.

Berkenaan dengan angka 50 juta pengguna ini, ia tidak diumumkan secara rasminya oleh Instagram mahupun Facebook, sebaliknya diketahui melalui penggunaan API untuk Instagram.

Dengan perkembangan sihat ini, mungkin Instagram akan melangkaui lebih 100 juta pengguna menjelang penghujung tahun ini kelak.

Komen