Yes Melancarkan Telefon Pintar Eclipse Dan Huddle XS

Yes Melancarkan Telefon Pintar Eclipse Dan Huddle XS

Diterbitkan pada Mei 2, 2012 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, hari ini, penyedia perkhidmatan WiMax negara, Yes4G telah pun melancarkan peranti pintar mereka yang baru, iaitu telefon pintar Android dengan sokongan rangkaian mereka, dinamakan sebagai Eclipse. Bersama-sama dengan pelancaran tersebut, mereka turut sama melancarkan Huddle XS, iaitu salah satu peranti untuk mengakses dan berkongsi talian bersama yang lain dengan mudah.

Melalui Yes Eclipse, ia dibangunkan berdasarkan kepada Android Froyo (kemaskini bakal diperkenalkan dalam masa terdekat), serta dioptimasikan sepenuhnya untuk rangkaian 4G, dan membawakan jangka masa bertahan bateri sehingga 90 jam, dan masa bercakap sehingga 7 jam, salah satu penambahan baik berbanding peranti pintar lain di pasaran. Ia juga membawakan sokongan SIM padanya, membolehkan anda menambah rangkaian kedua, dan menggunakan kedua-dua rangkaian pada masa yang sama.

Untuk Huddle XS pula, ia membawakan kemaskini kepada keluarga Huddle, bersaiz lebih kecil, dan tahan lebih lama. Kami akan menguji dan membuat ulasan untuk kedua-dua peranti ini dalam masa terdekat, memberikan lebih maklumat berkaitan kedua-dua peranti ini.

Jadi bagaimana pula dengan harganya? Bagi para pengguna sedia ada Yes, mungkin mereka boleh melanggan kepada pelan yang disediakan. Namun, tanpa sebarang pelan, Eclipse berharga RM1688, manakala Yes Huddle XS pula berharga RM480 untuk para pengguna. Memandangkan ia semestinya digunakan dengan rangkaian Yes, mungkin ada baiknya, pengguna melanggan pelan yang disediakan, dan sedikit berjimat berbanding melanggan pelan dan membeli peranti secara berasingan.


TIPS & ULASAN