Seperti bulan-bulan lepas, Google kini turut sama telah mengemaskini data berkaitan pengguna platform mudah-alih mereka, Android. Melalui data baru yang dikeluarkan, ia memperlihatkan yang mana Android 4.0 Ice Cream Sandwich semakin berkembang penggunaannya, kini digunakan oleh sebanyak 4.9% daripada peranti Android seluruh dunia, dan mungkin akan terus berkembang dengan kemaskini demi kemaskini yang dikeluarkan pembangun peranti seluruh dunia.
Platform Android yang masih popular digunakan adalah Gingerbread, dimana digunakan pada lebih 64% peranti di seluruh dunia, dan Froyo menduduki tangga kedua dengan digunakan pada lebih 20.9% peranti diseluruh dunia.
Walaupun versi lain kelihatan berubah berbanding bulan lepas, versi terawal Android, iaitu CupCake dan juga Donut kelihatan tidak berubah berbanding bulan lepas, iaitu masing-masing pada 0.3% dan 0.7%.
Dengan bulan ini, beberapa peranti baru dilancarkan, serta Galaxy S3 dengan Android Ice Cream Sandwich yang bakal dilancarkan, mungkin kita akan melihat Android 4.0 terus berkembang dalam bulan-bulan akan datang.