Firefox Bakal Memperkenalkan Antaramuka Selari Untuk Semua Platform

Firefox Bakal Memperkenalkan Antaramuka Selari Untuk Semua Platform

Diterbitkan pada Mei 2, 2012 oleh .

Umum sedia maklum akan yang mana Mozilla sedang giat membangunkan antaramuka baru untuk pelayar web mereka, sama ada untuk desktop mahupun untuk peranti mudah-alih. Dan kini, disebalik perancangan tersebut, ia diketahui Mozilla ingin menjadikan rekabentuk antara semua peranti adalah sama dan memudahkan pengguna untuk menggunakan pelayar web mereka.

Melalui SlideShare, pembangun Mozilla berkongsi beberapa maklumat berkenaan dengan perancangan ini, namun ia tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan. Pengenalan antaramuka baru untuk Firefox telah dibincangkan sejak daripada tahun lepas, dan untuk peranti mudah-alih pula, versi pembangunan terbaru sudah pun mula menggunakan antaramuka baru, dan mungkin akan terus diperbaiki sebelum diperkenalkan kepada umum.

Selain daripada ini semua, Firefox untuk Metro juga sedang dalam proses pembangunan, dan mungkin akan diperkenalkan sebelum Windows 8 dilancarkan kepada umum. Pada tahun ini juga, Mozilla sedang membangunkan pelbagai perkara, termasuk Boot-To-Gecko, platform mudah-alih mereka tersendiri.

Nampaknya, Mozilla menyusun pelbagai perancangan, dan mungkin menjadi salah satu titik tolak kepada Firefox yang kini menerima pelbagai tekanan daripada dunia pelayar web, terutamanya daripada Google Chrome.


TIPS & ULASAN