Chrome 20 Membawakan Kemaskini Kecil Pada Antaramuka Untuk Windows

Chrome 20 Membawakan Kemaskini Kecil Pada Antaramuka Untuk Windows

Diterbitkan pada Mei 2, 2012 oleh .

Nampaknya, selain daripada Mozilla yang memfokuskan untuk pengenalan antaramuka baru, Google juga bakal memperkenalkan sedikit kemaskini pada antaramuka pelayar web mereka. Melalui kemaskini Chrome 20 (Dev) yang baru, beberapa perubahan kecil pada antaramuka dikatakan diperkenalkan pada pelayar web yang diminati ramai itu.

Namun, daripada percubaan kami, ianya tidak begitu jelas, dan kami sendiri rasakannya seperti biasa sahaja tanpa sebarang perubahan yang tampak jelas seperti sebelum-sebelum ini.

Melalui kemaskini yang dikeluarkan, pembangun Chrome mengemaskini enjin V8 mereka, disamping untuk para pengguna Windows, ia menerima kemaskini pada bahagian ikon toolbar, dan butang tab baru yang lebih lebar berbanding sebelum ini, untuk memudahkan para pengguna membuka tab baru pada Chrome.

Selain daripada itu, tiada sebarang perubahan yang tampak jelas, dan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini, apakah yang bakal dibawakan melalui Chrome 20 kelak.


TIPS & ULASAN