Cari @ Amanz

Hari ini, selain daripada telefon pintar 4G, Eclipse, Yes juga turut melancarkan kemaskini baru kepada keluarga Huddle, iaitu Yes Huddle XS yang membawakan saiz peranti lebih kecil berbanding Huddle sebelum ini, sekaligus memudahkan para pengguna menggunakan sokongan Mobile Hotspot dimana jua mereka berada.

Yes Huddle XS ini ditawarkan pada harga RM480. Namun, para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya pada harga serendah RM80 dengan langganan pelan pascabayar Yes selama 24 bulan.

Melalui Yes Huddle XS, ia menawarkan sokongan untuk berkongsi talian Yes anda bersama sehingga 5 peranti, dimana jangka masa bateri untuk Yes Huddle XS ini bertahan sehingga 6 jam lamanya, dan boleh digunakan pada jarak sehingga 30 kaki daripada Huddle XS tersebut.

Jadi, bagi anda yang tidak ingin mendapatkan peranti Eclipse daripada Yes, tetapi ingin menggunakan talian mereka pada telefon pintar, mungkin boleh mendapatkan Huddle XS ini bersama-sama dengan peranti Android lain, seperti Galaxy W dan sebagainya, dan menggunakan talian Yes pada peranti anda, disamping berkongsi talian bersama peranti lain milik anda, seperti komputer riba, tablet dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd